Lembut mu tak bererti kau mudah dijual beli Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati
Disebalik bersih wajah mu disebalik tabir diri mu Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri Itulah sekeping hati yang takut pada ilahi Berpegang pada janji mengabdikan diri
Malu mu mahkota yang tidak perlukan singgahsana Tapi ia berkuasa menjaga diri dan nama Tiada siapa yang akan boleh merampasnya Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri
Ketegasan mu umpama benteng negara dan agama Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya Wahai puteriku sayang kau bunga terpelihara Mahligai syurga itulah tempatnya
NISA’ berhasrat untuk menjalin hubungan akrab dengan pelbagai pihak seperti kementerian, agensi kerajaan, media serta NGO dalam usaha NISA’ untuk berkhidmat kepada masyarakat.
Add caption
MISI NISA'
NISA' berhasrat melahirkan generasi yang mengagungkan agama, mencintai ilmu & berakhlak mulia. Misi NISA' ini akan tercapai melalui program-program yang dirancang dengan teliti, disemai dengan kasih sayang, dan disampaikan dengan penuh keikhlasan.